Sunday, August 30, 2009

Juara GP Belgium


RAIKKONEN diapit Fisichella (kiri) dan Vettel meraikan kejayaan menjuarai GP Belgium di Litar Spa-Francorchamps, semalam.

Hamilton, Button malang terbabit dalam kemalangan pada awal perlumbaan

SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Kimi Raikkonen menjuarai Grand Prix Belgium untuk mencatat kemenangan sulung Ferrari pada musim Formula Satu (F1) tahun ini dalam perlumbaan yang menyaksikan pendahulu, Jesson Button, terbabas di awal pusingan.

Pemandu veteran dari Itali, Giancarlo Fisichella yang mencatat rekod untuk pasukan Force India apabila meraih petak depan, tercicir 0.9 saat di tempat kedua, bagi memberi mata pertama untuk pasukannya selepas 30 perlumbaan.


Sementara itu, pelumba Red Bull, Sebastian Vettel menidakkan usaha BMW untuk bangkit sebelum mengundur diri daripada F1 pada akhir musim ini, apabila meraih tempat ketiga hasil kebijaksanaan pasukannya ketika di hentian pit menjelang akhir perlumbaan.

"Memang ini menjadi tahun yang sukar buat kami. Kami melakukan rombakan besar di Barcelona tetapi tidak cukup dan kemenangan hari ini - suatu yang agak lama selepas gelaran juara saya sebelum ini.

“Tumpuan kini adalah memastikan saya menang satu perlumbaan dan kekal ketiga dalam senarai pengeluar. Kami masih belum pantas tetapi berjaya memastikan yang lain di belakang,” kata Raikkonen, juara 2007 dan kemenangan keempatnya di Spa sejak lima tahun.

“Sebenarnya kami lebih pantas daripada Kimi dan saya agak sedih. Kami sebenarnya mempunyai strategi hampir sama. Namun saya tetap gembira kerana meraih tempat kedua walaupun sebenarnya kami mampu menang perlumbaan ini,” kata Fisichella.

Kegagalan Button untuk mengutip mata buat pertama kali pada musim ini menyaksikan pemandu Brawn itu memiliki 16 mata di depan rakan sepasukannya dari Brazil, Rubens Barrichello yang mengutip dua mata semalam.

Insiden berlaku di selekoh lima di awal perlumbaan apabila juara bertahan, Lewis Hamilton yang memandu Mercedes, melanggar Button yang berpusing di atas litar. Kejadian itu juga menyaksikan pemandu baru, Romain Grosjean (Renalt) dan Jaime Alguersuari (Toro Rosso), terpaksa melupakan perlumbaan itu. - Agensi

Keputusan Grand Prix Belgium

1. Kimi Raikkonen (FIn/ Ferrari); 2 Giancarlo Fisichella (Ita/ Force India); 3 Sebastian Vettel (Ger/Red Bull); 4 Robert Kubica (Pol/BMW Sauber); 5 Nick Heidfeld (Ger/BMW Sauber)

No comments:

Post a Comment